<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7436028269079264671?origin\x3dhttp://pesuma-upm.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=8076742059755845825&blogName=PIECE+OF+HEAVEN&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLUE&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Flov-ebites.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Flov-ebites.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>



upcoming

junior orientation.....
-camping
-outdoor

human resources convention
-uitm,um,ukm,uum,ect..
-at upm
comments
Create a Meebo Chat Room
links

JPPPL



music
Designer Basecodes


MusicPlaylistRingtones
MySpace Music Playlist at MixPod.com

Archives:
February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 August 2008 September 2008 October 2008 January 2009 February 2009 May 2009
BOARDS OF PESUMA

PENAUNG:-
PROF MADYA DR AZALI MOHAMED
PENASIHAT:-
DR NOR WAHIZA ABDUL WAHAT
PRESIDEN:-
WAN MOHD FAUZWAN WAN MUHD YUSUF
TIMBALAN PRESIDEN:-
NOOR SHAFIRA NOOR RASHID
NAIB PRESIDEN:-
ERIC GRAY ANAK RAYMOND JOS
SETIAUSAHA:-
WAN MAHIRAN WAN OMAR
NAIB SETIAUSAHA:-
NOR PARALIZA A KAHAR
BENDAHARI:-
HUSNA ADILAH SIDEK
ALUMNI n KEBAJIKAN:-
AZIANY RIZIANA AZHARI
LEE SHU ZHEN

AKADEMIK:-
SITI HALIZA ABDUL JALIL
SAFARINA JAAFAR

PUBLISITI N PERHUBUNGAN:-
NUR RIZA MOHD YAZIF
FATHIAH NGADININ

KEROHANIAN:-
MOHD ZULHELMY
SERI KAMALIA SABU

KEUSAHAWANAN:-
MOHD FAIZ MOHD HALIM
HAFIZAN ALI

INFO N TECHNO:-
FADLY BOISI
NAZHATUL AMIRA

WAKIL TAHUN DUA:-
DALILA HASSAN
MUHD LATIF NYAT

WAKIL TAHUN SATU:-
AHMAD KAZAMIRUL
ADIBAH HASSAN NOORHADI


Sunday, August 24, 2008!
HandWritten on; 11:10 PM







Program Pembangunan Masyarakat Orang Asli kampung Songkok, Genting Highlands.

Biasanya hari Sabtu adalah hari cuti bagi pelajar university. Hari Sabtu digunakan sepenuhnya untuk berehat setelah mengharungi kuliah, tugasan dan pelbagai aktiviti di kampus yang sememangya meletihkan. Tetapi pada 23hb Ogos yang lepas, seramai 120 orang ahli Persatuan Pelajar Pelajar Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (PESUMA) memilih untuk berkorban hari cuti mereka dan menabur budi di dalam program bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Songkok, Genting Higlands.

Program perkhidmatan social ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan dan menunjukkan keperihatinan dari warga siswa sebagai golongan intelektual yang mengambil berat tentang pembangunan dan keadaan sebenar masyarakat Orang Asli yang terpinggir dari kepesatan arus perdana.


Sedikit latar belakang tentang masyarakat Orang Asli kampong Songkok ini adalah berasal dari suku kaum Temuan. Hasil sumber hutan masih merupakan punca pendapatan utama yang terdiri daripada buluh, petai di samping jualan buah durian sebagai pendapatan sampingan. Kampung ini mempunyai 13 buah rumah sahaja yang didiami oleh 70 orang penduduk yang beragama Islam dan Anamisme. Masalah utama masyarakat Orang Asli di sini ialah kedaifan dari segi infrastruktur seperti tiada bekalan elektrik, bekalan air bersih dan juga keciciran dari segi pelajaran bagi anak-anak masyarakat Orang Asli.

Keadaan yang tidak sepatutnya inilah yang telah mendorong kami untuk memilih masyarakat di sini di dalam usaha memberi pertolongan dan bantuan dengan harapan dapat meringankan beban di samping memberi tanggapan bahawa masih ada yang perihatin tentang keadaan kehidupan mereka.

Sehubungan dengan itu pelajar PESUMA telah datang dan bergotong-royong di sekitar kampong tersebut. Aktiviti membersihkan kawasan kampong seperti memotong rumput, membersihkan laluan, memungut sampah-sarap dan membersihkan balai raya dilakukan dengan bertungkus-lumus dan penuh dedikasi oleh setiap ahli. Rumah-rumah Orang Asli ini juga dicat untuk mencantikkan lagi kawasan di samping memberi wajah baru kepada penempatan mereka.

Selepas penat bergotong-royong Masyarakat Orang Asli dijemput untuk makan tengah hari bersama-sama dengan lauk kampung. Makanan tengah hari disenduk kepada penduduk Orang Asli sebagai tanda meraikan mereka sebagai masyarakat yang diberi perhatian oleh para pelajar. Dapat dilihat para pelajar mengambil kesempatan ini untuk makan bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli beramah mesra dan bertanyakan sendiri keadaan sebenar kesusahan mengharungi kehidupan mereka.

Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah kanak-kanak Orang Asli semasa acara sukaneka diadakan. Pelajar PESUMA dan kanak-kanak Orang Asli sama-sama bertanding di dalam acara sukaneka yang disediakan dengan berkongsi hilai tawa dan keseronokan sesama sendiri. Begitu banyak hadiah yang diberikan kepada kanak-kanak ini di dalam meraikan mereka sebagai kanak-kanak yang paling bertuah pada hari itu.


Akhir sekali, program ini ditutup dengan upacara penyampaian sumbangan dan cenderamata yang disampaikan oleh Professor Dr. Maimunah bt Ismail, kepada Tok Batin kampung Songkok, Pak Ghani, sumbangan kepada setiap rumah dan juga pihak yang membantu dalam melicinkan usaha murni ini iaitu dari pihak Puan Ainon, seorang aktivis masyarakat Orang Asli.

Diharapkan program ini sedikit sebanyak meringankan beban dan merubah kehidupan masyarakat Orang Asli di sini. Usaha ikhlas dari setiap pelajar sememangya disertai dengan harapan bahawa kehidupan Orang Asli di sini akan menjadi lebih baik dan mempunyai keyakinan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bersemangat dan positif. Di samping itu, input dan kesan daripada program ini diharapkan dapat membawa pelajar PESUMA melangkah lebih jauh di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai golongan yang sentiasa perihatin dengan permasalahan umum. Timbul kesedaran bahawa golongan mahasiswa adalah sangat penting di dalam menentukan hala tuju sesuatu masyarakat. PESUMA akan sentiasa berada di dalam usaha menjalankan lebih banyak program kemasyarakatan untuk menjadi “suara hati” kepada “masyarakat marhaen” pada masa hadapan.



(draf laporan untuk dihantar ke Kosmo!)